Wakaf Pembangunan Prasarana Pusat Tarbiah Hafaz Quran Ibnu Sina
- "Jom, Biaya Dana Bangunan 2 Tingkat Setengah untuk PTHQ Ibnu Sina""Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."(Surah Ali ‘Imran, ayat 92)
PENGENALAN
Pusat Tarbiah Hafaz Quran Ibnu Sina terletak di daerah Kamunting, Perak. Pusat Tarbiah Hafaz Quran telah beroperasi selama 13 tahun dan telah diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Hj Yahya Bin Haji Abdullah.
PUSAT TARBIAH HAFAZ QURAN MEMILIKI 5 INSTITUSI DIBAWAHNYA :
1. Taska Tahfiz Ibnu Sina
2. Tadika Tahfiz Ibnu Sina
3. Sek Ren Tahfiz Ibnu Sina
4. Madrasah Tahfiz Ibnu Sina
5. Pondok Husnul Khotimah
Tadika Tahfiz Ibnu Sina
Sekoleh Rendah Tahfiz Ibnu Sina
Madrasah Tahfiz Ibnu Sina
ANTARA GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PONDOK HUSNUL KHATIMAH
Pihak Pengurusan sedang merancang untuk membina bangunan 2 tingkat setengah.
Antara kemudahan yang akan didirikan ialah :
1 unit pejabat pentadbiran
1 unit bilik guru
1 unit bilik komputer
1 unit perpustakaan
3 unit tandas
2 unit ruang stor
Pihak Pengurusan sangat memerlukan infrastruktur yang lebih selesa buat pendidikan para pelajar, sambutan yang sangat menggalakkan dari ibu ayah yang mengharapkan anak mereka dapat terus belajar di sini. Atas semangat inilah kami berusaha untuk memberikan yang terbaik buat permata insan agama dan negara.
Justeru itu, kami merancang untuk menyediakan infrastruktur yang lebih selesa, lengkap demi pembangunan pendidikan anak-anak ini.
PELAN BANGUNAN
ANGGARAN KOS BANGUNAN INI UNTUK FASA YANG PERTAMA IALAH RM 2,2 juta
KUTIPAN DANA TERKUMPUL SETAKAT INI SEBANYAK RM181,466
Pengerusi PTHQ Ibnu Sina -Ust Afif Yahya 010-8080 785
Laman web Rasmi Pusat Tarbiah Hafaz Quran Ibnu Sina : KLIK DISINI
Diharapkan cadangan pembinaan bangunan baru ini mendapat perhatian tuan/puan dermawan semua agar warga PTHQ Ibnu Sina dapat menjalani aktiviti persekolahan dalam suasana infrastruktur yang lebih lengkap moden dan selesa demi membangunkan generasi Rabbani yang berkualiti.